Thursday 12 September 2013

Clinique : Skin Care Set

Assalamualaikum...

Hai. Here I go again. Writing in my diary blog. Hari ni aku nak cakap tentang penjagaan muka dengan betul. Aku ni pun sebenarnya bukanlah 'expert' sangat bab-bab muka nie. Tapi mungkin aku boleh share sedikit sebanyak tentang penjagaan kulit nie. Yelah, wanita ni kan sensitif sikit kalau bab-bab kulit nie terutama sekali kulit muka. Semua wanita pun ingin kelihatan cantik. Aku pun ingin kelihatan sentiasa cantik walaupun hakikatnya aku nie tak lah berapa nak cantik. Hehe....bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan kepada kita. Tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah adalah menjaga nikmat yang telah Allah berikan. Menjaga kesihatan itu kan Sunnah Rasulullah. Betol tak?

So, bercakap tentang kulit muka sangat sinonim dengan wanita. Ramai di antara kita yang pernah dan sedang mengalami masalah kulit wajah. Berjerawat lah, berjeragat lah, kusam lah dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku akan syorkan kepada wanita-wanita termasuk diriku sendiri supaya menggunakan air wudhuk sebagai pengangkat seri wajah. Aku ni bukanlah pandai sangat nak tengok muka orang tu berseri kerana wudhuk ker, solat nyer ker, produk ker, susuk ker...hehehe....tapi itulah yang paling afdal bagi aku. Senjata dan penawar kepada masalah kulit ialah Air Wudhuk.

Selain air wudhuk, let me talk about skin care product yang bagi aku sangat berkesan dan aku sangat mengesyorkan kepada wanita-wanita di luar sana supaya menggunakan produk ini. CLINIQUE. Seems like familiar kan? Yup, product ni dah berpuluh tahun berada dalam pasaran dunia. You can check this out at www.clinique.com.

Sebelum beli product nie, sales girl tu akan buat analysis untuk kulit kita dulu. But unfortunately, kat Miri xder nyer nak main analysis-analysis kulit ni. Tu yang buat aku kecewa. Sales girl tu cuma interview aku tentang apa yang aku rasa tentang kulit aku. Jenis kulit terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
  1. Very Dry to Dry - Kering di semua bahagian muka
  2. Dry Combination - Kering di pipi, selesa di 'T' zone
  3. Oil Combination - Kering di 'T' zone, selesa di pipi
  4. Very Oily - Berminyak di semua bahagian muka
Kulit aku tergolong dalam kategori Dry Combination. So, first aku try 3 step skin care. Check this out at http://www.clinique.com.my/cms/product/3_step_grip.tmpl.



For your info, Clinique adalah anak kepada Estee Lauder. Yes, it's parent. Hehe....Ternyata Clinique 3 step skin care ni memberi kelembapan yang maksimum kepada kulit aku. Korang yang belum try tu, try try kan lah.


Penjagaan harian wajah adalah sangat penting terutama make up removal. Ramai yang menganggap Make Up Removal tu macam tak perlu. Padahal, make up removal adalah salah satu elemen yang sangat penting untuk memastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih. Make up removal dapat membersihkan apa yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka.


These are the basic things you must have inside your wash room. Scrub, mask, make up removal and facial cleanser. Jangan pandang remeh setiap benda di atas tau.





These are the basic things jugak untuk penjagaan wajah pada siang hari. Dari kiri adalah toner, moisturizer, repairwear laser focus for wrinkles, dark spot corrector and sunblock SPF 50. Actually repairwear laser focus dan dark spot corrector bukan lah basic things. Cuma add on punya produk. Kalau ada lagi bagus.




These are the basic things untuk penjagaan wajah pada waktu malam. Dari kiri toner, moisturizer, repairwear laser focus for wrinkles, dark spot corrector, repairwear uplifting firming cream, moisture surge and moisture surge face spray. Moisture surge face spray ni adalah sejenis mist. Korang boleh letak jer dalam hand bag. It can be used anytime you want untuk mengekalkan kelembapan wajah terutama apabila anda bekerja di dalam aircond.





Ini pula set penjagaan mata.Dari kiri Serum De-Puffing Eye Massage and All About Eyes. Both things nie khas untuk puffiness and dark circles.

That is all for you girls out there. Hope you enjoy reading this entry. And Selamat Mencuba. Tata


No comments:

Post a Comment